{Kuliyah.NET | Satu Hari Satu Kuliyah}
Selamat Datang
Assalamualaikum wbt..
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".
Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi kerna dengan izin-Nya dapat juga ambe menyiapkan sebuah laman kuliyah ugama ini. Sebelum ini ambe hanya menggunakan laman blog [sesumpahgarage.blogspot.com] dan laman imeem [streaming kuliyah ustaz azhar idrus] untuk berdakwah.. Alhamdulillah kali ini telah maju setapak lagi dengan adanya laman web Kuliyah.net ini..
Objektif ambe membuat laman web ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengajak sahabat-sahabat sekalian kembali menjalankan kewajipan kita sebagai seorang Mukmin.. sebagai seorang Islam.. dan sebagai hamba Allah s.w.t.
Kuliyah.net ini akan dijadikan satu platform untuk kita semua berkongsi ilmu, nasihat, mengeluarkan pandangan dan perbincangan. Sahabat-sahabat sekalian amatlah dialu-alukan terlibat sama dalam menjayakan misi dakwah melalui laman web ini. Insyallah sama-sama kita mencari saham untuk akhirat..
Sekiranya sahabat-sahabat sekalian ingin menyumbangkan koleksi kuliyah (mp3), anda bolehlah meng"email"kan file kuliyah tersebut kepada ambe [
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
]. Kuliyah yang disumbangkan akan dimuatnaik ke dalam kuliyah.net.
Sila Log In untuk mendengar kuliyah secara streaming. Sekiranya belum menjadi ahli, pendaftaran secara percuma boleh dibuat di sini.
Wassalam..
NayoE
Jadual Kuliyah Ustaz Azhar April 2011
2/4 Sabtu Masjid Banggul Peradong, Manir, Trg
3/4 Ahad Surau Flat Gelung Bilal, Pasir Panjang, K.Trg
4/4 Isnin Masjid Pondok Pinang Merah, Paka, Trg
5/4 Selasa Surau Kg Jaya Batu 2, Cukai Kemaman
6/4 Rabu Surau Bukit Bading, Ajil Terengganu
7/4 Khamis Surau Wan Esah, Seberang Baroh, K.Trg
8/4 Jumaat Surau Ladang, K.Trg
9/4 Sabtu Surau Belakang Stadium Negeri, K.Trg
10/4 Ahad Surau Flat Gelung Bilal, Pasir Panjang, K.Trg
11/4 Isnin Masjid Cendering, K.Trg
12/4 Selasa Surau Ladang, K.Trg
13/4 Rabu Surau Flat Bukit Kecik, K.Trg
14/4 Khamis Masjid Batu Buruk, K.Trg
15/4 Jumaat Masjid Rhu Muda, Marang, Trg
16/4 Sabtu Masjid Titian Baru, K.Trg
17/4 Ahad Tiada Kuliyah
18/4 Isnin Masjid Baluk Makmur, Kuantan
19/4 Selasa Masjid Pengadang Baru, K.Trg
20/4 Rabu Masjid Pulau Serai, Dungun
21/4 Khamis Masjid Batu 6, K.Trg
22/4 Jumaat Surau Ladang, K.Trg
23/4 Sabtu Surau Belakang Stadium Negeri, K.Trg
24/4 Ahad Surau Flat Gelung Bilal, Pasir Panjang, K.Trg
25/4 Isnin Masjid Pulau Ketam, K.Trg
26/4 Selasa Surau Ladang, K.Trg
27/4 Rabu Surau Flat Bukit Kecik, K.Trg
28/4 Khamis Masjid Wakaf Baru, Kota Baru, Kelantan
29/4 Jumaat Surau Al-Kausar, Pasar Maras, Maras, Trg.
30/4 Sabtu Tiada Kuliyah
Ustaz Azhar Idrus - Mengenal Allah
- Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
- Tajuk Kuliyah: Mengenal Allah Siri 05
- Kitab: Bimbingan Lengkap Fardhu Ain
- Lokasi: Surau Wan Esoh, Seberang Baroh, Kuala Terengganu
99 Nama Allah
Hadis :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga."
(Muslim)
Huraian :
Perumpamaan orang yang ingat akan Allah dengan orang yang tidak ingat akan Allah laksana orang yang hidup dengan orang yang mati. Beberapa sifat orang yang beriman yang disebutkan Allah dalam al-Quran adalah sebagai berikut:
"Sesungguhnya orang-orang beriman yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya maka bertambahlah imannya,sedang mereka itu bertawakkal kepada tuhannya." (al-Anfal.:2)
"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah dan sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan yang sebanyak-banyaknya."(al-Ahzaab:41).
"...Lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak dan perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar." (Al-Ahzaab:35).
Sebenarnya untuk melayakkan diri tergolong dalam golongan orang-orang beriman seperti disebutkan bukanlah setakat memerlukan kita mengingati 99 nama-nama Allah bahkan kita mestilah menghayati erti dan maksudnya sekali sehingga dengan itu hati kita sentiasa merasa gerun dan takut untuk berbuat dosa kepada Allah sekalipun dosa kecil.
More Articles...
Page 1 of 33
- nayoe : web baru ustaz azhar : ustazazhar.net
- nayoe : boleh upload kuliyah kat 4shared pastu pastekan link kuliyah yg nk dishare
- aminiesta : salam.macammana nak upload kuliah
- treycyrus : boleh beri jadual kuliah ustaz azhar bulan march 2011?
- harunsulaima : Salam Nayoe, saya memang dapat banyak kesedaran dari ilmu dan usaha saudara selama ini amin...
- asuhaimi91 : macam mane nak antar soalan kepada ustaz di sesi soal jawab web ni?
- osamabinlade : i mean jadual ust azhar
- osamabinlade : nk tgk full jadual sila klik «link»
- noryati : salam..mcm mane nk tgk keseluruhan jadual kuliyah ustaz azhar??
- henkel : JiKA hARi iNi DirikU teRlalU gEMbirA dGn dUNiaWi...sEDarkANlaH aKU dGn aMAraN ALLaH. JiKA aKu beRSediH .... puJUkLaH aKu dGn TarBiAH PeNcipTA. JiKA aNTaRa KitA aDa teMboK peMisAH .... LeRAikaN ia dGn ukHWah. Dan ...... JiKA peRNaH haTimU teRluKa LaNTarAN siKApku LuaHKanLaH aGar aKU bERuBaH. NaMuN sATu PinTAku, bERjanjiLaH ..... uKHwaH kiTa UnTuk SeLAmANya .......
- surau2faber : FREE DOWNLOAD - Dapatkan RAKAMAN KULIAH AGAMA TERBARU DI SINI
- zaili74 : Salam Nayoe, podcast lama dah tak update? Tak buat lagi dah ke?
- miedah : Kuliah ust mat esa 17102010 «link» - _Surau_Husna.html
- miedah : Salam.kongsi kuliah ust mat esa deraman «link»
- luqman8 : Assalamualikum,sesapa ada koleksi ceramah ustaz mat esa deraman x?
Guests are shown between [].
Only registered users are allowed to post
